Sejarah dan Pembangunan Whoscall

Konsep aplikasi ini ditubuhkan oleh tiga orang pengasas yang kemudiannya menubuh dan mengendali Gogolook. Inspirasi mereka aplikasi ini adalah untuk membantu orang ramai supaya dapat mengenalpasti panggilan oleh nombor yang tidak dikenali.Tiga pengasas mengambil masa hujung minggu mereka untuk berhimpun dan membincang tentang aplikasi dan teknologi terkini. Pernah sekali semasa perhimpunan mereka, salah seorang pengasas menerima panggilan telefon dan meminta orang lain untuk mencari informasi tentang nombor yang tidak diketahui itu. Mereka mendapati rupa-rupanya bukan senang untuk mendapat informasi dari nombor yang tidak dikenali, sama ada mencari nombor dari forum ataupun laman web perniagaan. Jadi, timbullah niat untuk mencipta aplikasi yang melaksanakan pencarian informasi panggilan yang tidak dikenali agar tidak terlepas panggilan penting juga tidak ditipu oleh panggilan pancingan atau penipuan.[3]

Versi pertama telah dilancarkan pada Ogos 2010. Ia telah mendapat pujian dari Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Google, Eric Schmidt semasa lawatannya ke Taiwan pada tahun 2011. Beliau berkata, “ Satu aplikasi yang bernama Whoscall boleh beritahu siapa belakang satu nombor yang tidak diketahui. Ia mendapat sambutan dan kembangan yang laju. Dan ia berasal dari Taiwan.”[4]

Pada April 2012, ketiga-tiga pengasas tersebut mengambil keputusan untuk memberi tumpuan yang sepenuh hati dengan berhenti kerja mereka asalnya dan menubuhkan Syarikat Gogolook Sdn.Bhd. Gogolook telah mendapat pembiayaan dari Trinity Investment dan pelabur pelabur lain.[5] Pada tahun 2013, Naver, sebuah syarikat gergasi yang menguasai carian web Korea, telah mengambil alih Gogolook untuk jumlah yang tidak didedahkan, dan whoscall telah dinama sebagai LINE whoscall.[6]

Pembangunan Whoscall

  • 24hb Julai 2010 Pelepasan pertama
  • Ogos - November 2010 Pelepasan v1.1-v2.7 (lebih 30kali semakan)
  • Mac 2012 Bilangan muat turun Whoscall v3.1 mula meningkat di negara seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah dan India
  • 18hb Disember 2012 Whoscall Edisi Profesional dikeluarkan
  • 31hb Januari 2013 Mengeluarkan fungsi "Pangkalan Data Luar Talian" bagi edisi Pro.
  • 7hb Jun 2013 “Penapisan Panggilan" bagi sistem iOS untuk IPhone dikeluarkan.
  • 3hb Julai 2013 Bermula dipasarkan di ”S market" yang dikendali oleh Far Eastone Telecomunication di Taiwan
  • 29hb Ogos 2013 Bekerjasama dengan pihak perkhidmatan kurier
  • 9hb Disember 2013 Pasukan Gogolook diambil alih oleh Syarikat Naver dengan NTD 5.29 Ribu Juta.
  • 15hb Mei 2014, bekerjasama dengan Trend Micro dan berjaya mengesan Pepijat atau Virus dalam mesej
  • 28hb Julai 2014 Memberi maklumat telefon berniat jahat kepada Polis Diraja New Taipei
  • 24hb Disember 2014 Versi iOS dipasarkan
  • 22hb Januari 2015 Memasarkan versi yang menyokong Android Wear
  • 2hb Febuari 2015 Versi Windows Phone dikemaskini dengan fungsi Pengenalpastian Panggilan Masuk
  • 7hb Febuari 2015 Laman Web Whoscall memberikan perkhidmatan Reverse Lookup
  • 11hb Febuari 2015 Mengambil alih syarikat aplikasi di Hong Kong
  • 31hb Ogos 2015 Whoscall ShowCard dipasarkan dengan versi Beta